Isnin, 26 Mac 2012

Penatnyer...


Wahhh..ari yang cukup memenatkan. Schedule ari ni dipenuhi dengan program yang begitu padat (1 je yang tak berapa memberikan keuntungan, tambah stress ader ler...)

Mengajar memang dah tugas so yang tu tak de masalah ler. Dah sememangnya tugas seorang pendidik mendidik anak bangsa, tak perlulah nak mengeluh. Tetapi yang memenatkan adalah program yang ad hoc yang ntah apa apa ntah.

Kul 1.10 pm start extra class sampai ler kul 2.10. yang ni tak de hal la. lepas je abis klas tu solat jap then trus masuk bilik mesyuarat ada meeting la plak. Masuk je meeting,ntah apa ler...tak paham pun dah ler masuk tu orang dah mula meeting dekat sejam setengah. Dengar punya dengar meeting, makin tak faham arah tuju sebenar meeting tu... kepala dah mula stress, sungguh membazirkan masa jer meeting ni. Tak de motif langsung. hampas...huhu

Abis meeting kul 3.40, trus turun ke dewan sebab ada perjumpaan unit beruniform. Minta murid-murid buat aktiviti yang telah dirancang. Dari pagi sampai ke petang asyik duk berdiri jer,naik lenguh dah kaki. Tapi nak wat camner. Sabar je ler..

Kul 4.00 petang, tinggalkan murid-murid unit beruniform kepada rakan sejawat, trus ke padang latih budak-budak main netball lak. Wahhh...berdiri lagi aku kat padang. Kaki dah naik lenguh sesangat dah...Latih ler bebudak sampai kul 6.00 petang. Lepas jer abis latihan tu, trus pecut balik ke rumah.....


P/s : bukan nak mengeluh, tapi nak bagitau ari ni jadual memang padat...huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan