Isnin, 15 Oktober 2012

Konvokesyen....Julai 2012

Lama sungguh aku tak update blog ni..dah penuh sawang2 kat sini..kesian. Maklum ler, byk bebenor keje nak kena wat. So, ari ni tetiba cam rasa nak update blog. Nasib baik ingat lagi aku punya password...hahaha..ape punyer orang daaaa...

ni nak citer sal majlis konvonkesyen aku..so, tamatlah sudah sesi pengajian aku di IPG...sungguh menggembirakan. Tapiiiii...rindu la plak kenangan2 semasa dalam kelas bersama kawan2 yang haru biru...huhu (Mr Sam, Pn. Mariah, Mr Ong, Mr Soo...wah,manyak rindu wo sama kamu)

tak yah cakap banyak la ye..tgk je ler gambar konvo ni ha...

wif my mother tercinta


geng2 yang menghuru harakan kelas


posing kak,jangan tak posing


tengok per tu?


woi...dengar taklimat tu, bukan suh hang pa duk kalut bergambaq...


ce..ce..cewaaaahhh...senyuuuuuummmm...

Makan2 bersama my family - Restoran Wau

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012. Cepat tul rasanyer masa berlalu skang ni. Tambah2 bila duk kat sekolah, cepat je rasa dah nak petang. Lepas tu plak dengan kerja yang berlambak maka lagi ler terasa kecepatan masa tu berlalu. huhuhu...

Sempena pembukaan tahun ni, fuyoo...hehehe..so, my family pun buat la gathering skit. Saje nak makan ramai2. Tapi bukan semua pun ahli family yang leh join. Itu pun dah cukup meriah. Kalu cukup semua skali, mau gempak itu kedai..hehehehe...

Ni ler tokey yg blanjer mkn mlm tu...huhuhu


Gembira nampak...maklum ler perut kenyang


huhuhu...hasil tangkapan aku mlm tu...dasyat wooo


borak2 sbb xleh nak bgn dah, kenyang sesgt..


ni ler muka2 org yg cukup mkn..huahua..


pe? xpuas ati lg ker?


pinggan saper la ni...


 mmg dasyat ar

Isnin, 26 Mac 2012

Penatnyer...


Wahhh..ari yang cukup memenatkan. Schedule ari ni dipenuhi dengan program yang begitu padat (1 je yang tak berapa memberikan keuntungan, tambah stress ader ler...)

Mengajar memang dah tugas so yang tu tak de masalah ler. Dah sememangnya tugas seorang pendidik mendidik anak bangsa, tak perlulah nak mengeluh. Tetapi yang memenatkan adalah program yang ad hoc yang ntah apa apa ntah.

Kul 1.10 pm start extra class sampai ler kul 2.10. yang ni tak de hal la. lepas je abis klas tu solat jap then trus masuk bilik mesyuarat ada meeting la plak. Masuk je meeting,ntah apa ler...tak paham pun dah ler masuk tu orang dah mula meeting dekat sejam setengah. Dengar punya dengar meeting, makin tak faham arah tuju sebenar meeting tu... kepala dah mula stress, sungguh membazirkan masa jer meeting ni. Tak de motif langsung. hampas...huhu

Abis meeting kul 3.40, trus turun ke dewan sebab ada perjumpaan unit beruniform. Minta murid-murid buat aktiviti yang telah dirancang. Dari pagi sampai ke petang asyik duk berdiri jer,naik lenguh dah kaki. Tapi nak wat camner. Sabar je ler..

Kul 4.00 petang, tinggalkan murid-murid unit beruniform kepada rakan sejawat, trus ke padang latih budak-budak main netball lak. Wahhh...berdiri lagi aku kat padang. Kaki dah naik lenguh sesangat dah...Latih ler bebudak sampai kul 6.00 petang. Lepas jer abis latihan tu, trus pecut balik ke rumah.....


P/s : bukan nak mengeluh, tapi nak bagitau ari ni jadual memang padat...huhuhu

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Malidur Rasul 1433H

 Marilah sama2 kita mengingati sirah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan berselawat memuji nabi dan rasul kita.

                                                                    SELAWAT NABI (SAW)
      

 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ


يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ

أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ

حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ

رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ

أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ











































Selasa, 31 Januari 2012

Ditukar?

Hai...nasib badan ler...Dah memang adat la kan..bertukar2 jawatan dalam organisasi.
Aku pun sama la gak,dah tak payah duk kalut malut nak kemaskini maklumat staf ngan guru2 coz aku dah tak pegang jawatan Guru Data. Huhuhu...rasa lepas azab. Kalu tak serabut je rasa, data mesti dikemaskini setiap bulan. Yang tu tak de hal la sangat. Yang jadi masalah, Asal nama je data ke,online ke,sistem ke, mesti keje tu aku yang kena buat. Disebabkan diorang cakap aku ni Guru Data. Banyak la hang punyer strategi camtu..huhuhu..
So, skang dah ak perlu lagi aku nak pening2 dan serabut diri yang memang dah serabut ni. Alhamdulillah...

p/s: nasib kau ler jadi guru data (khas untuk guru data yg baru)

Ahad, 22 Januari 2012

Tahun Baru Cina...

Hooray....Holidayyyyyy..so, leh ler bersenang lenang jap kat umah. Tak payah duk sesak2 nak pikir pasal keje yang berlambak kat sekolah. Refresh jap otak yang dah hampir2 nak jem.huhuhu...

Moga2 lepas cuti ni boleh menyambung keje yang terbantut dengan lebih baik bersama2 mood yang dah kembali ok. Jadi,perancangan untuk cuti raya cina kali ni adalah....ape yer...tak de plan best plak..huhu..

Tak pe,duk umah pun ok gak. Time ni je la nak luang masa ngan family. So, kena ambik peluang ni sebaik mungkin disamping berehat dengan aman dan damai. Fuhhhh...syok giler cuti2 duk umah rileks2 jer. Biasanye cuti duk fikir pasal assignment jer.

P/s: The moral of story,rehatkanlah minda dan badan anda secukupnya...

Ahad, 15 Januari 2012

Di panggil mengadap

huhuhu...suspen jer kan baca tajuk tu. Hehehe...Saje nak buat gempak..Kesnya memang aku terkejut sesangat arini. Macam Hari Ini Dalam Sejarah la plak...pe ler yang aku mengarut ni kan..

Sebenarnya, ari ni aku telah di panggil oleh Guru Besar, PK Pentadbiran, PK HEM & PK KO. Memula dengar mesej yang disampaikan oleh PAR sekolah, aku heran la sesangat. Dah ler masa tu aku terkejar2 nak masuk kelas. Memang tengah semangat giler nak masuk ngajar bebudak. Maklum ler cikgu berdedikasi...huhuhu...(opss,terperasan plak) First, cuak gak aku. Siap leh tanya lg kat PAR tu, 'de per diorang nak jumpa saya. Apa kena mengena saya dalam meeting diorang. Saya ni bkn saper2 pon'. (dalam ati mula ada 2 rasa...1.takut, 2. bangga gak skit) huhuhu... Gelabah gak wei...maklum ler,pentadbir panggil aku sorang jer. Cikgu2 lain diorang  tak nak plak panggil. musykil ler...So, tak nak aku ni dibelenggu oleh misteri, aku pun cepat2 ke bilik guru nak simpan semua buku2 & ambik buku catatan. 

Dengan langkah yang tak berapa laju & tak gak berapa perlahan aku menapak ke bilik Guru Besar. Dah sampai kat pintu bilik GB, aku jenguk..fuhh...semua dah ada. Waaaa...takutnye,aku der wat salah per ek?
GB pun panggil nama aku & minta aku duduk. Aku pun duduk ler dengan perasaaan tak berapa selesa. Dalam hati aku berkata, 'jangan ler dera aku camni,aku tak wat salah pe2 pon'. (takut gak aku ni,gempak je lebih)

So, GB pun mulakan la. dia cakap aku ni masih diberi kepercayaan menjadi bendahari kedai sekolah. Dia terangkan apa yang perlu aku lakukan. Siap minta siapkan akaun untuk tahun 2011 & tunjukkan fail2 yang melibatkan kewangan kedai sekolah. Fuhhh...lega rasa. Ingatkan apa la tadi. Tapi yang tak syoknyer, PK Ko macam tak puas hati kat aku. (ni semua gara2, dia ubah AJK dalam kedai sekolah tanpa perbincangan AJK terdahulu, tetiba Penyelaras lama dilucutkan jawatan. So,dari situ timbul ler ketidakpuasan ati aku ngn Penyelaras tu) PK tu siap terangkan lagi nape dia tukar AJK baru, bagi penerangan dengan jelas skali siap GB plak bagi contoh kabinet menteri lagi. Ayatnyer berbunyi,'sedangkan jawatan di kabinet menteri pun selalu bertukar, inikan pula jawatan kat sekolah kan. Tul tak Aizon? Adoi...ayat tu aku rasa macam nak perli aku pun ada. Apa sebenarnye ni...aku rasa, aku tak de ler cakap kat orang yang aku tak setuju dengan AJK baru tu. Lagipun list AJK baru pun blum lagi kluar. Ni mesti ada ler posmen bergerak yang telah menyampaikan berita2 yang kurang enak didengar. Tapi tak pe la, aku tak kisah. Sebab aku tak de wat salah pun. Aku cuma berniat nak jumpa GB nak bincang pasal tu, tak de la plak aku nak libatkan ngan orang luar. Dan aku pun tak de ler pergi cerita kat pegawai di M***. Aku cuma simpan dalam hati jer,cuma tunggu masa nak bincang ngn GB. 

Memang aku musykil lagi ni,kenapa sampai diorang jumpa aku? Siap terangkan satu2 lagi sebab2 rombakan dibuat. Pelik2...ermmm..ntah ler. Tak payah la pening2 nak fikir. Biarkan la diorang nak cakap apa. Sebab aku tak buat apa yang diorang fikirkan.

p/s : kalau tak puas hati dengan apa saja, tolong bawa berbincang. Barulah kemusykilan akan diuraikan. Tak akan timbullah masalah yang lebih besar. (peringatan untuk diri aku ni...)

Selasa, 10 Januari 2012

Kerja...kerja..kerja....

 


Fuhhhhhhhhhh...banyaknyer kerje awal2 tahun ni...biasalah,semua cikgu2 mesti duk kalut cari sukatan tahunan subjek dan rancangan pengajaran harian. Sudah semestinyakan...maklum ler nak kena buat rujukan untuk tulis rancangan harian. So, sya pun macam tu la jugak. Lagi2 sukatan baru KSSR,kena la copy sebab sukatan terkini. Tambah pula kena siapkan bahan bantu mengajar, yang ni lemah sikit. Hehehehe...penat gak ler nak buat satu2 bahan tu. Tapi dah tugas kan,nak tak nak kena buat untuk kebaikan bersama terutamanya anak2 murid tercinta.

Selain kerja2 yang biasa tu,tup2 mai ler plak kerja lain. Yang ni haru sikit ni....ada la plak Jabatan Pelajaran Negeri Thailand nak datang melawat sekolah. Aduiiiiii...awat ler suka sangat mai tengok sekolah cheq ni...banyak la wei kena siapkan. Wuaaaaa....mana sempat nak wat, minggu depan dah nak mai...tulun...tulun..

Paling merisaukan bilik B & K saya ler, tak kemaskini apa2 pun lagi ni. Tinggal berapa hari je lagi ni. Macam mana ni, kelas dah ler penuh, mesyuarat panitia lagi....ayooo...amma...nampak gayanya,terpaksa la saya berkerja keras minggu ini. Insyaalah,buat yang terbaik...Chaiyokkkk....

Fail Panitia Matematik? Ala, sape nak tulun...nasib baik ler dapat SU yang bagus.Thanks my SU,memang bagus la. Hehehehehe....So, tinggal sikit je lagi surat2 yang perlu dikemaskinikan dalam fail tu. Harap2 dapat diselesaikan segera.

Apa lagi ek? Rasa2 tu je kut kerja2 bahagian saya yang perlu dibuat. huhuhu...oppsss..ala,pondok panitia la plak. Kena letak bahan baru tu,mana nak cari ye....tak pe la,nati esok bincang dengan anak buah.Harap2 dapat kerjasama diorang. Insyaallah..

Satu lagi tugas yang belum selesai,akaun kedai sekolah belum selesai la. Dah ler tak ada masa nak buat kira2 akaun ni. Bab duit ni tak boleh buat main2 cincai je.Kena tumpu perhatian yang penuh, kalau tak nati susah. Silap kira kan pening plak akaun tak seimbang. Insyaallah,bab akaun ni akan selesai minggu ni gak sebab nak buat pembayaran kat pembekal lagi. Kan tak pasal2 pembekal mengamuk lambat buat bayaran. Sape yang susah, saya gak. huhuhu...stok kedai pun tak sempat nak update.Haiya...ini macam banyak penat woo...

Apa2 pun,buat kerja mesti ikhlas...huhu...walaupun orang cakap rela dalam terpaksa. Dah tugas kan,jadi kena la buat. Bab kata Lisa Suriharni dalam Ombak Rindu,' redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah'. Tul tak? Tetiba je masuk skrip Ombak Rindu...huhuhu

 



p/s: buat kerja biar ikhlas, baru la hati senang dan gembira. Duit pun berkat dan diredhai oleh Allah s.w.t.