Selasa, 10 Januari 2012

Kerja...kerja..kerja....

 


Fuhhhhhhhhhh...banyaknyer kerje awal2 tahun ni...biasalah,semua cikgu2 mesti duk kalut cari sukatan tahunan subjek dan rancangan pengajaran harian. Sudah semestinyakan...maklum ler nak kena buat rujukan untuk tulis rancangan harian. So, sya pun macam tu la jugak. Lagi2 sukatan baru KSSR,kena la copy sebab sukatan terkini. Tambah pula kena siapkan bahan bantu mengajar, yang ni lemah sikit. Hehehehe...penat gak ler nak buat satu2 bahan tu. Tapi dah tugas kan,nak tak nak kena buat untuk kebaikan bersama terutamanya anak2 murid tercinta.

Selain kerja2 yang biasa tu,tup2 mai ler plak kerja lain. Yang ni haru sikit ni....ada la plak Jabatan Pelajaran Negeri Thailand nak datang melawat sekolah. Aduiiiiii...awat ler suka sangat mai tengok sekolah cheq ni...banyak la wei kena siapkan. Wuaaaaa....mana sempat nak wat, minggu depan dah nak mai...tulun...tulun..

Paling merisaukan bilik B & K saya ler, tak kemaskini apa2 pun lagi ni. Tinggal berapa hari je lagi ni. Macam mana ni, kelas dah ler penuh, mesyuarat panitia lagi....ayooo...amma...nampak gayanya,terpaksa la saya berkerja keras minggu ini. Insyaalah,buat yang terbaik...Chaiyokkkk....

Fail Panitia Matematik? Ala, sape nak tulun...nasib baik ler dapat SU yang bagus.Thanks my SU,memang bagus la. Hehehehehe....So, tinggal sikit je lagi surat2 yang perlu dikemaskinikan dalam fail tu. Harap2 dapat diselesaikan segera.

Apa lagi ek? Rasa2 tu je kut kerja2 bahagian saya yang perlu dibuat. huhuhu...oppsss..ala,pondok panitia la plak. Kena letak bahan baru tu,mana nak cari ye....tak pe la,nati esok bincang dengan anak buah.Harap2 dapat kerjasama diorang. Insyaallah..

Satu lagi tugas yang belum selesai,akaun kedai sekolah belum selesai la. Dah ler tak ada masa nak buat kira2 akaun ni. Bab duit ni tak boleh buat main2 cincai je.Kena tumpu perhatian yang penuh, kalau tak nati susah. Silap kira kan pening plak akaun tak seimbang. Insyaallah,bab akaun ni akan selesai minggu ni gak sebab nak buat pembayaran kat pembekal lagi. Kan tak pasal2 pembekal mengamuk lambat buat bayaran. Sape yang susah, saya gak. huhuhu...stok kedai pun tak sempat nak update.Haiya...ini macam banyak penat woo...

Apa2 pun,buat kerja mesti ikhlas...huhu...walaupun orang cakap rela dalam terpaksa. Dah tugas kan,jadi kena la buat. Bab kata Lisa Suriharni dalam Ombak Rindu,' redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah'. Tul tak? Tetiba je masuk skrip Ombak Rindu...huhuhu

 



p/s: buat kerja biar ikhlas, baru la hati senang dan gembira. Duit pun berkat dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan