Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012 & selamat kembali ke sekolah

 



Assalamualaikum w.t.b


Pejam celik pejam celik...tengok-tengok dah masuk tahun 2012. Cepatnya sungguh masa berlalu, semoga hari-hari yang lepas telah dipenuhi dengan aktiviti yang mendatangkan kebaikan serta keredhaan Allah. InsyaAllah..

Dengan bermulanya tahun 2012,maka sekolah pun kembali aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya proses pembelajaran. Sekolah kembali ceria. Yeay...hoorayy...Diharap murid-murid memulakan sesi persekolahan dengan semangat dan motivasi yang tinggi..Good Luck my students..

Macam-macam benda dalam fikiran setelah sebut sahaja perkataan 'SEKOLAH'. Begitulah rutin seorang guru. Betul tak cikgu-cikgu di luat sana? Biasalah, awal tahun memang banyak kerja yang perlu dibuat. Tambahan pula bagi guru yang pegang kelas tu. Nak buat pendaftaran murid baru, nak tulis buku kedatangan, settle buku teks, macam-macamlah.huhuhu..

Saya? Sama jugak yang cikgu-cikgu lain. Tapi rasanya tugas saya ni lagi banyak kut. huhuhu...(perasan,macam ler tugas aku berat sangatkan) Saya ni bendahari kedai sekolah, so memang awal tahun sayalah yang akan di cari oleh ibubapa dan murid-murid. kenapa? Sebabnya diorang semua nak beli keperluan sekolah terutamanya buku tulis, lencana, tanda nama, baju sukan dan banyaklah lagi. Setiap hari ada jer orang cari minta buka kedai sekolah walaupun bukan masa yang sesuai. Tapi disebabkan kesian kat bebudak tak de buku nak menulis,kenalah buka kedai kejap.

Tahun ni satu jawatan yang sebelum ini saya pegang dah diberikan kepada cikgu lain. Saya dah tak jadi guru kelas, alhamdulillah...ringan sikit bebanan kerja. Tapi...Saya masih lagi pegang jawatan penting. Apa tu? huhuhu... Jawatan yang boleh dikatakan tetap dan berpencenlah..GURU DATA.. Nasib baik ler bab-bab komputer ni saya minat. Jadi tak kisah ler. So, sebagai guru data, awal tahun saya perlu kemaskini semua data guru-guru. kena check data guru yang baru masuk, maklumat enrolmen murid, isikan jadual waktu guru-guru dan pastikan data bagus tanpa ralat.

Satu lagi tugas penting, Ketua Panitia Matematik. Fuhhh...yang ni paling mencabar minda nih...hehehe.. Untuk menunjukkan kepimpinan yang baik sebagai KP, saya mesti merancang aktiviti yang sesuai untuk murid. Maklum ler sejak dari dulu lagi, panitia Matematik kat sekolah ni kurang aktif sikit. Tak tau ler kenapa...huhuhu...(tak nak ngaku kelemahan diri) InsyaAllah,apa yang telah saya rancangan dalan pelan strategik akan dilaksanakan dengan jayanya...

Jawatan terakhir yang baru dapat tahun ini, saya dilantik menjadi kaunselor sekolah. KAUNSELOR? huhuhu... dah 2 tahun tinggalkan jawatan ni sebab bagi kat guru lain. Tetiba tahun ini dapat semula jawatan ni. Macam mana ek? Dapat tak saya buat semua tugasan ni. InsyaAllah...

So, diharapkan tahun ni saya dapat jalankan tugas seikhlas dan sebaik mungkin semoga ganjaran yang dapat diredhai oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan