Rabu, 16 November 2011

Jangan lupa asal usul kita

Minggu lepas, astro prima ada menayangkan satu drama yang cukup menarik buat tatapan keluarga terutamanya bagi rakyat jelata negeri Cik Siti Wan Kembang. Drama ni menceritakan tentang seorang lelaki yang malu mengaku asal-usul kerana disebabkan kejadian yang menimpanya.Tahniah buat Sabri Yunus kerana berjaya membuat satu drama yang sangat bagus dan memang tidak dapat dinafikan bahawa kejadian seumpama ini sebenarnya berlaku pada masyarakat kita. Sesungguhnya kita patut berbangga keturunan dan asal-usul kita. Usah malu untuk mengakui kerana tidak sepatutnya berlaku seumpama ini. Saya memang amat2 berbangga menjadi rakyat Kelantan kerana boleh dikatakan masyarakat di Kelantan amat mementingkan ukhwah di kalangan mereka serta mempunyai pelbagai adat dan budaya yang pastinya membuatkan rakyat di negeri lain teruja.

Di sini saya berikan sinopsis bagi drama yang telah ditayangkan di astro prima yang bertajuk 'Sorok bau budu'.

Deris menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah tiga tahun tidak balik menyambut Hari Raya Haji di kampungnya di Kelantan. Lima hari sebelum Hari Raya Haji, Pak Brahim dan Mak Esah mengambil keputusan untuk datang menjemput Deris di Kuala Lumpur. Kedatangan ibu bapanya membongkar rahsia kehidupan Deris. Walaupun dia seorang budak Kelantan, ada peristiwa yang tragis menyebabkan Deris memilih untuk tidak untuk bercakap dalam loghat Kelantan.

Sesiapa yang belum tengok criter ni boleh ler klik kat sini...
Memang best sgt2 criter ni. Ada banyak maksud yang tersirat dan tersurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan