Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum...


Pe kabar kengkawan semua? Sihat x? Maklum ler skang ni cuaca xmenentu terutamanay negeri2 di Pantai Timur ni...Skang ni musim tengkujuh (musim boh) jadi ramai ler yang demam, batuk, selsema + mcm2 lg ler.. Harap2 semuanyer sihat2 hendaknye yee..



Bagi umat Islam, kita semua telah pun masuk ke tahun baru. Jadi diharapkan dengan kedatangan tahun baru ini, kita dapat melakukan sebanyak mungkin amal ibadat yang disuruh oleh Allah. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dipenuhi dengan perkara2 yang baik dan mendatangkan pahala untuk diri kita...ceeewaahhh...mcm ustazah lak..huhuhu

Dengan berakhirnya tahun 1432 Hijrah, maka kita disuruh untuk membaca doa di akhir tahun sebelum waktu maghrib dan seterusnya doa awal tahun selepas maghrib untuk menyambut kedatangan tahun 1433 Hijrah. Moga2 kita datang menempuhi segala dugaan dan rintangan di tahun baru ni dengan azam yang kuat dan cekal.


Saya mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam terutamanya keluarga tercinta, kawan2 serta anak murid yang tersayang. Ingat, cuba baiki segala kelemahan yang lalu dan tinggalkan segala perbuatan yang buruk untuk menjadi seorang yang lebih baik di tahun baru ini...InsyaAllah..


p/s:  Orang skang lebih suka menyambut tahun baru versi omputih..sepatutnya yang ni ler patut kita raikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan